- Back to Home »
- Tahukah Kamu »
- Teori Macam - Macam Evolusi
TEORI EVOLUSI CHARLES DARWIN
Charles
Darwin ialah seorang pakar penyelidik alam semulajadi lebih dikenali
sebagai pengarang buku yang terkenal " The Origin Of Species" .Beliau
dilahirkan pada tahun 1809 di bandar Shrewsbury dari sebuah keluarga
mewah.Bapanya adalah seorang tabib yang terkemuka manakala datuknya
,Eramus Darwin juga seorang tabib yang terkenal dan ahli falsafah yang
telah banyak menulis mengenai alam .
Darwin
sejak kecil lagi amat mencintai alam semulajadi dan suka memerhatikan
haiwan-haiwan dan tumbuhan yang ditemuinya.Beliau seorang yang sabar dan
tekun.Sifat-sifat inilah yang akhirnya membawa beliau kepada kejayaan
sebagai seorang penyelidik alam semulajadi yang terkenal di dunia
sains.....Di
Bahia Blanca,Darwin mengambil langkah yang pertama dalam teori
evolusinya .Beliau telah menjumpai banyak rangka-rangka haiwan yang
melekat pada batu,termasuk juga fosil Megatherium.Kemana sahaja dia
pergi sentiasa memerhatikan jasad hidupan disekelilingnya dengan
teliti.Di samping itu beliau mengumpulkan spesimen-spesimen yang kecil
dan senang disimpan.Dari Amerika Selatan beliau belayar keutara ,Pulau
Galapagos.Beliau dapat melihat adanya persamaan antara burung-burung di
Pulau Galapagos dengan burung-burung di Amerika Selatan yang jaraknya
600 batu (965.6064 km) . Ketika beliau kembali ke England pada tahun
1837,banyaklah masalah yang menjadi persoalan dan memulakan dengan
penyelidikkan dan tulisan –tulisannya secara senyap.
Masyarakat
di kurun ke 17 percaya bahawa bumi ini terbentuk pada kira-kira 4000
tahun sebelum zaman Kristian.Masa tersebut terlalu singkat untuk proses
evolusi boleh berlaku dan menghasilkan beranika ragam hidupan.
TEORI EVOLUSI
Teori
evolusi dalam Sains Moden digambarkan sebagai teori yang menyatakan
bahawa manusia berasal daripada binatang ,khususnya dari binatang yang
berupa mawas manusia.Darwin dalam bukunya bertajuk "The Origin Of
species"(Asal-Usul Jenis-Jenis Haiwan ).Beliau mengutarakan satu saranan
bahawa semua makhluk yang hidup telah wujud hasil daripada proses
evolusi daripada satu atau beberapa nenek moyang.Teori beliau menumpukan
perhatian kepada bagaimana bentuk haiwan yang simpel berevolusi untuk
menjadi bentuk yang kompleks.Beliau merumuskan pengalaman-pengalamannya
bahawa semua jenis binatang berasal dari ameba,sejenis haiwan yang
mempunyai satu sel.Bermakna beliau percaya bahawapada mulanya Pencipta
mencipta satu atau beberapa bentuk organisma yang simpel.Dengan proses
pertarungan tabii,organisma yang kompleks telah dihasilkan ,yang penting
disini ialah Darwin percaya bahawa organisma-organisma atau
spesis-spesis yang kompleks berhasil dari nenek moyang yang sama iaitu
spesis yang simpel.
Darwin sendiri sedar bahawa rekod-rekod fosil
tidak menyokong lamunannya tetapi menyimpan harapan bahawa penyelidikkan
seterusnya akan mengisi kekosongan tersebut.
ASAS HIPOTESIS DARWIN
Hipotesis
evolusi menyarankan bahawa semua yang sedang atau telah hidup berasal
daripada organisma yang lebih rendah atau kurang sempurna melalui proses
turunan disertai dengan perubahan.Bukti-bukti yang diutarakan oleh
Darwin adalah seperti berikut menurut keutamaannya.
Bukti-Bukti Utama ialah :
a.
Di antara individu-individu kebanyakkan spesis,terdapat berbagai
variasi dan perubahan .Variasi ini sangat jelas di kalangan haiwan
ternak dan tumbuhan pertanian.
b. Dalam perjuangan hidup ,organisma
(haiwan atau tumbuhan) yang akan terus hidup ialah yang paling mampu
untuk mempertahankan diri atau menyesuaikan diri dengan keadaan iklim
dan suasana sekitarnya.Organisma-organisma yang terbaik itu akan
memindahkan baka-bakanya kepada keturunannya secara proses seleksi
tabii.
c. Mutasi dan pemencilan memain peranan yang penting untuk mewujudkan sesuatu spesis yang baru.
d. Rekod-rekod fosil dari zaman purba yang dijumpai di lapisan geologi telah memberi bukti bahawa evolusi telah berlaku.
BUKTI-BUKTI SAMPINGAN
a)
Persamaan yang dapat dilihat dari peringkat –peringkat "embrio" ke
peringkat "fetus" antara organisma –organisma yang jelas berbeza pada
peringkat dewasa.
b) Kebolehan untuk menjenis organisma-organisma
dalam kelas-kelas tertentu menurut ke turunan dan peringkat-peringkat
kesempurnaan.
c. Adanya anggota-anggota (organ) yang dianggap sebagai
tidak berkembang .Anggota tersebut telah disangka sebagai turunan
anggota yang berperingkat lebih rendah di mana anggota itu didapati
dalam keadaan yang sempurna dan sangat berguna.
VARIASI DIVERSIFIKASI DAN DIFERENSIASI
Di
dalam sesuatu spesis terdapat banyak variasi yang selalu disebut
sebagai diversifikasi .Takrif istilah "spesis" sebagaimana lazim
digunakan ialah organisma-organisma yang meliputi suatu populasi .Satu
dari ciri-ciri penting hipotesis evolusi ialah organisma-organisma yang
lebih sempurna muncul atau berasal daripada makhluk yang lebih sederhana
atau dengan erti yang lain evolusi mencari penjelasan mengenai
terjadinya jenis-jenis baru.Masalahnya ialah diversifikasi dan
variasi-variasi yang lazim diutarakan untuk menyokong hipotesis evolusi
adalah perubahan-perubahan yang terdapat dalam lingkungan sesuatu spesis
iaitu dalam bidang mendatar,sedangkan evolusi merupakan perubahan yang
melompat dari satu jenis ke satu jenis di tingkat yang lebih tinggi
iaitu dalam bidang menegak.
Evolusi
mikro adalah berkenaan perubahan-perubahan dan variasi-variasi yang
terdapat dalm sesuatu organisma dan boleh dilihat secara
eksperimen.Perubahan-perubahan tersebut adalah kecil dan terbatas dalam
lingkungan sesutu spesis sahaja.Contohnya ,dari satu jenis lalat
buah-buahan yang bernama Dropsophila melanogaster dan berbagai macam
variasi boleh diperolehi secara eksperimen,tetapi variasi-variasi
tersebut tetap termasuk dalam keluarga Drosophila dan tidak melintas
batasnya sehingga terjelma suatu jenis yang baru.Teori evolusi juga
mengutarakan bahawa bentuk leher zirafah itu sebagai satu contoh seleksi
tabii.Hipotesisnya ialah ,leher zirafah itu menjadi panjang sedikit
demi sedkit.Sekalipun hipotesisnya ini benar,zirafah itu masih mendatar
iaitu kita masih belum melihat penjelmaan spesis yang baru tetapi hanya
mendapat bentuk-bentuk variasi dan diferisiasi dikalangan keluarga
zirafah.
Sebaliknya
,evolusi makro memperlihatkan perubahan secara besar-besaran yang
dikatakan pernah terjadi dalam sejarah kehidupan.Perubahan-perubahan
yang besar itulah yang disangka menyebabkan terjelmanya sesuatu spesis
yang baru.Masalahnya ialah perubahan itu tidak dapat dilihat melalui
metod-metod eksperimen tetapi hanya sebagai hipotesis atau andaian
sahaja.
MUTASI DAN AKIBATNYA
Penganut
Teori evolusi menyarankan bahawa daya penggerak dalam perkembangan
evolusi ialah proses mutasi.Mutasi adalah satu perubahan yang terjadi
dengan mendadak dan ada yang boleh diwariskan kepada keturunanya tetapi
keturunan itu pada kebiasaannya tidak boleh menyesuaikan diri dengan
keaadaan sekitar.Umpamanya kebanyakkan variasi-variasi tumbuhan
pertanian dan haiwan ternakan adalah akibat mutasi,tetapi bentuk seperti
itu selalunya dihapuskan oleh seleksi tabii.Ini adalah oleh kerana
mutasi pada lazimnya tidak dapat menyesuaikan diri kepada keadaan
sekitarnya.Ianya tidak membawa perubahan yang beransur iaitu sedikit
demi sedikit bagi sesuatu anggota tetapi berhenti dan terbatas
sebagaimana sifat itu dilihat pada mulanya.Ini adalah bertentangan
dengan kepercayaan Darwin bahawa evolusi itu adalah sutu proses yang
beransur membawa perubahan kepada sesuatu sifat yang berguna sedikit
demi sedikit dalam jangka masa yang panjang hingga terjelma spesis yang
baru.
Sungguhpun
demikian pada akhir-akhir ini para ahli sains telah berjaya membuktikan
bahawa ada beberapa mutasi yang berguna dan yang tidak berubah secara
mendadak boleh berlaku khasnya diperingkat mikro
organisma.Contohnya,kultur bakteria colon (Escherichia Coli) yang
diserang oleh bakteria fages didapati beberapa strain rintangan bakteria
itu,akibatnya mutasi yang boleh mempertahankan diri dari pembinasaan
oleh bakteriofages.Strain rintangan itu terjelma secara mutasi dengan
kadar satu dalam 50 juta generasi-generasi sel,tidak kira samada
diserang oleh bakteriofages atau tidak.Oleh kerana itu paraahli sains
menyarankan bahawa mutasi yang brguna kepada seleksi tabii untuk
perkembangan evolusi,ialah mutasi yang tidak menunjukkan perubahan
mendadak .
REKOD-REKOD FOSIL
Untuk
membuktikan bahawa proses evolusi telah berlaku kenyataan dari sejarah
adalah diperlukan dan ianya hanya boleh diperolehi dari
fosil-fosil.Rekod-rekodfosil tidak menunjukkan siri-siri fosil yang
berturutan dimana terdapat perubahan yang beransurdari bentuk yang mudah
ke bentuk yang kompleks.Challinor seorang ahli geologi yang terkenal
dalan bukunya "Darwin’s Biological Work" (1959) mengakui bahawa
rekod-rekod fosil hanya menyokong sebahagian evolusi tetapi rekod
tersebut juga menyokong ciptaan secara bersendirian dan bebas.Seterusnay
beliau menyatakan bahawa bukti yang jelas belum ada untuk menunjukkan
evolusi telah berlaku.
Untuk
mempertahankan teori-teorinya ,beliau telah mengemukakan satu jenis
haiwan dari fosil bernama Archeopteryx,walaubagaimanapun setelah
diselidiki ,para ahli sains berpendapat bahawa haiwan itu tidak berupa
rantai perhubungan antara reptilia dan burung tetapi tetap termasuk
dalam jenis burung.Nenek moyang dan keturunannya tidak diketahui Ada
pula yang menyarankan bahawa rantai perhubungan antara amfibia dan
reptilia ialah Seymouria.
DALIL SAMPINGAN
EMBRIOLOGI
Antara
dalil-dalil sampingan yang penting yang diutarakan ialah persamaan yang
dapat dillihat pada taraf kandungan hingga perubahan sudah mulai
terbentuk sebelum organisma itu lahir.Pada suatu peringkat kandungan
,embrio manusia hampir serupa dengan embrio haiwan seperti ikan atau
monyet.Umpamanya pada peringkat itu manusia mempunyai ekor yang kecil
dan tertentu ,oleh itu Huxley dan rakan-rakannya berpendapat bahawa
manusia pada suatu masa yang lampau telah melalui peringkat berekor
dalam evolusinya.Tetapi ini adalah suatu sangkaan sahaja dan tidak sama
sekali memberi bukti bahawa evolusi telah berlaku.
PENJENISAN MENGIKUT KETURUNAN DAN PERSAMAAN
Menurut
Darwin ,Sistem klasifikasi tabii yang benar perlu mengikut geonologi
iaitu menurut aliran keturunan dari bentuk yang kurang sempurna, oleh
itu sistem klafikasi Tabii telah dianggap sebagai suatu bukti yang
menyokong evolusi .tetapi berasas kepada teori Darwin,evolusi sebenarnya
tidak dipandu oleh sebarang kudrat tetapi adalah akibat seleksi tabii
dan bergerak atas variasi kecil secara kebetulan .Proses tersebut
berlaku tanpa sebarang pengecualian bagi semua haiwan dan tumbuhan. Jika
ini benar kita tidak berharap mendapat kan sedikit sahaja pelan bentuk
asas yang sama tetapi inilah yang didapati. dunia haiwan boleh
dibahagikan kepada sepuluh kumpulan filum-filum utama mengikut bentuk.
Bagi keseluruhan Taksonomi ,dari susunan yang telah dibuat kelihatan
teratur sebab adanya perbezaan jelas dan mendadak. Tiap-tiap filum
terpisah dengan sesuatu kekosongan iaitu tidak ada bentuk peralihan .
Darwin
coba menjelaskan masalah ini dengan mengatakan bahawa organisma yang
berupa rantai perhubungan tidak stabil dan dihapuskan oleh seleksi
tabii.Ini bermakna bahawa bentuk-bentuk yang ada sekarang bukannya
rantai perhubungan tetapi bentuk pengkhususan yang tidak akan berubah
lagi.
Pada lazimnya didapati teori evolusi mengambarkan perhubungan
antara suatu jenis haiwan dengan yang lain serta pokok
keturunannya.Gambaran yang diutarakan itu boleh menimbulkan beberapa
masalah pokok.Menurut teori evolusi tiap-tiap jenis haiwan itu adalah
dalam proses evolusi keperingkat yang lebih sempurna.Oleh kerana itu
bentuk haiwan serta manusia yang ada pada masa ini adalah dalam bentuk
peralihan dan akan berubah ke bentukyang lebih sempurna.
ANGGOTA YANG TIDAK BERKEMBANG
Ada
beberapa organ yang dikatakan tidak berkembang boleh didapati pada
beberapa jenis haiwan khususnya tulang pangkal paha yang tidak
berkembang pada ikan paus.Huxley dan rakan-rakan telah berpendapat
bahawa ini adalah satu bukti untuk menyokong teori evolusi tetapi
seorang ahli biologi yang menentang pendapat ini mengutarakan tiga sebab
adanya anggota tidak berkembang itu yaitu :
a. Anggota-anggota tersebut diturunkan Anggota tersebut memainkan peranan penting dalam proses membesar.
b. Kita tidak ada bukti bahawa dari nenek moyangnya di mana anggota-anggota itu berkembang dengan sempurna
c)
Jika anggota itu wujud sekarang ini tidak bermaksud bahawa anggota itu
telah wujud pada masa yang lampau kerana musabab yang sedang berlaku
boleh menghasilkan anggota itu.
Antara
misalan-misalan lain untuk menyokong teori evolusi yang diutarakan oleh
pengikutnya ialah anggota-anggota yang dikatakan tidak berkembang serta
mempunyai fungsi yang sama seperti kelenjar susu(mammary gland) dan
usus buntu (appendix) manusia.
KESIMPULAN
Keseluruhannya
melalui teori evolusi, Darwin membuat kesimpulan bahawa dia tidak
pernah mengenal teori mutasi yang memungkinkan adanya perubahan mengejut
pada keturunan. Beliau hanya percaya hanya alam sekitar sahaja yang
boleh menimbulkan modifikasi yang disampaikan oleh plasma darah. Dari
sifat analogi haiwan dan tumbuhan Darwin juga yakin bahawa organisma
hidup itu berasal dari satu moyang .Ini telah diperkuatkan oleh penemuan
beliau sendiri bahwa hewan berasal dari proses yang serupa dan
mempunyai keserupaan bentuk.
Jika sebelumnya saya memposting Teori CHARLES DARWIN, yang dikenal dengan teori evolusi (Baca Disini). Kali ini saya menemukan ada 4 teori yang berbeda…..
1. Teori Abiogenesis
2. Teori Biogenesis
3. Teori Evolusi Kimia
4. Teori Evolusi Biologi
Nah, tanpa panjang lebar lagi berikut uraian teori-teori diatas...
TEORI ABIOGENESIS
Tokoh teori Abiogenesis adalah Aristoteles (384-322 SM). Dia adalah seorang filosof dan tokoh ilmu pengetahuan Yunani Kuno. Teori Abiogenesis ini menyatakan bahwa makhluk hidup yang pertama kali menghuni bumi ini berasal dari benda mati.
Bagaimana cara terbentuknya makhluk tersebut ? Menurut pengzanut paham abiogenesis, makhluk hidup tersebut terjadi begitu saja atau secara spontan. Oleh sebab itu, paham atau teori abiogenesis ini disebut juga paham generation spontaneae.
Jadi, kalau pengertian abiogenesis dan generation spontanea kita gabungkan, mak pendapat paham tersebut adalah makhluk hidup yang pertama kali di bumi tersebut dari benda mati / tak hidup yang terkjadinya secara spontan, misalnya :
a. ikan dan katak berasal dari Lumpur.
b. Cacing berasal dari tanah, dan
c. Belatung berasal dari daging yang membusuk.
Paham abiogenesis bertahan cukup lama, yaitu semenjak zaman Yunani Kuno (Ratusan Tahun Sebelum Masehi) hingga pertengahan abad ke-17.
TEORI BIOGENESIS
Walaupun telah bertahan selama ratusan tahun, tidak semua orang membenarkan paham abiogenesis. Orang –orang yang ragu terhadap kebenaran paham abiogenesis tersebut terus mengadakan penelitian memecahkan masalah tentang asal usul kehidupan. Orang-orang yang tidak puas terhadap pandangan Abiogenesis itu antara lain Francesco Redi (Italia, 1626-1799), dan Lazzaro Spallanzani ( Italia, 1729-1799), dan Louis Pasteur (Prancis, 1822-1895). Beredasarkan hasil penelitian dari tokoh-tokoh ini, akhirnya paham Abiogenesis / generation spontanea menjadi pudar karena paham tersebut tidak dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya.
a) Percobaan Francesco Redi ( 1626-1697)
Untuk menjawab keragu-raguannya terhadap paham abiogenesis,Francesco Redi mengadakan percobaan. Pada percobaannya Redi menggunakan bahan tiga kerat daging dan tiga toples. Percobaan Redi selengkapnya adalah sebagai berikut :
• Stoples I : diisi dengan sekerat daging, ditutup rapat-rapat.
• Stoples II : diisi dengan sekerat daging, dan dibiarkan tetap terbuka.
• Stoples III : disi dengan sekerat daging, dibiarkan tetap terbuka.
Selanjutnya ketiga stoples tersebut diletakkan pada tempat yang aman. Setelah beberapa hari, keadaan daging dalam ketiga stoples tersebut diamati.
Danhasilnya sebagai berikut:
• Stoples I : daging tidak busuk dan pada daging ini tidak ditemukan jentik / larva atau belatung lalat.
• Stoples II : daging tampak membusuk dan didalamnya ditemukan banyak larva atau belatung lalat.
Berdasarkan hasil percobaan tersebut, Francesco redi menyimpulkan bahwa larva atau belatung yang terdapat dalam daging busuk di stoples II dan III bukan terbentuk dari daging yang membusuk, tetapi berasal dari telur lalat yang ditinggal pada daging ini ketika lalat tersebut hinggap disitu. Hal ini akan lebih jelas lagi, apabila melihat keadaan pada stoples II, yang tertutup kain kasa. Pada kain kasa penutupnya ditemukan lebih banyak belatung, tetapi pada dagingnya yang membusuk belatung relative sedikit.
B) percobaan Lazzaro Spallanzani ( 1729-1799)
Seperti halnya Francesco Redi, Spallanzani juga menyangsikan kebenaran paham abiogeensis. Oleh karena itu, dia mengadakan percobaan yang pada prinsipnya sama dengan percobaan Francesco Redi, tetapi langkah percobaan Spallanzani lebih sempurna.
Sebagai bahan percobaannya, Spallanzani menggunakan air kaldu atau air rebusan daging dan dua buah labu. Adapun percoban yang yang dilakukan Spallanzani selengkapnya adalah sebagai berikut :
• Labu I : diisi air 70 cc air kaldu, kemudian dipanaskan 15oC selama beberapa menit dan dibiarkan tetap terbuka.
• Labu II : diisi 70 cc air kaldu, ditutup rapat-rapat dengan sumbat gabus. Pada daerah pertemuan antara gabus dengan mulut labu diolesi paraffin cair agar rapat benar. Selanjutnya, labu dipanaskan.selanjutnay, labu I dan II didinginkan. Setelah dingin keduanya diletakkan pada tempat terbuka yang bebas dari gangguan hewan dan orang. Setelah lebih kurang satu minggu, diadakan pengamatan terhadap keadaan air kaldu pada kedua labu tersebut.
Hasil percobaannya adalah sebagai berikut :
• Labu I : air kaldu mengalami perubahan, yaitu airnya menjadi bertambah keruh dan baunya menjadi tidak enak. Setelah diteliti ternyata air kaldu pada labu I ini banyak mengandung mikroba.
• Labu II : air kaldu labu ini tidak mengalami perubahan, artinya tetap jernih seperti semula, baunya juga tetap serta tidak mengandung mikroba. Tetapi, apabila labu ini dibiarkan terbuka lebih lama lagi, ternyata juga banyak mengandung mikroba, airnya berubah menjadi lebih keruh serta baunya tidak enak (busuk).
Berdasarkan hasil percobaan tersebut, Lazzaro Spallanzanimenyimpulkan bahwa mikroba yang ada didalam kaldu tersebut bukan berasal dari air kaldu (benda mati), tetapi berasal dari kehidupan diudara. Jadi, adanya pembusukan karena telah terjadi kontaminasi mikroba darimudara ke dalam air kaldu tersebut.
Pendukung paham Abiogenesis menyatakan keberatan terhadap hasil eksperimen Lazzaro Spallanzani tersebut. M,enurut mereka untuk terbentuknya mikroba (makhluk hidup) dalam air kaldu diperlukan udara. Dengan pengaruh udara tersebut terjadilah generation spontanea.
c) Percobaan Louis Pasteur (1822-1895)
Dalam menjawab keraguannya terhadap paham abiogenesis. Pasteur melaksanakan percobaan untuk menyempurnakan percobaan Lazzaro Spallanzani. Dalam percobaanya, Pasteur menggunakan bahan air kaldu dengan alat labu. Langkah-langkah percobaan Pasteur selengkapnya adalah sebagai berikut :
• Langkah I : labu disi 70 cc air kaldu, kemudian ditutup rapat-rapat dengan gabus. Celah antara gabus dengan mulut labu diolesi dengan paraffin cair. Setelah itu pada gabus tersebut dipasang pipa kaca berbentuk leher angsa. Lalu, labu dipanaskan atau disterilkan.
• Langkah II : selanjutnya labu didinginkan dan diletakkan ditempat yang aman. Setelah beberapa hari, keadaan air kaldu diamati. Ternyata air kaldu tersebut tetep jernih dan tidak mengandung mikroorganisme.
• Langkah III : labu yang air kaldu didalamnya tetap jernih dimiringkan sampai air kaldu didalamnya mengalir kepermukaan pipa hingga bersentuhan dengan udara. Setelah itu labu diletakkan kembali pada tempat yang aman selama beberapa hari. Kemudian keadaan air kaldu diamati lagi. Ternyata air kaldu didalam labu meanjadi busuk dan banyak mengandung mikroorganisme.
Melaui pemanasan terhadap perangkat percobaanya, seluruh mikroorganisme yang terdapat dalam air kaldu akan mati. Disamping itu, akibat lain dari pemanasan adalah terbentuknya uap air pada pipa kaca berbentuk leher angsa. Apabila perangkat percobaan tersebut didinginkan, maka air pada pipa akan mengembun dan menutup lubang pipa tepat pada bagian yang berbentuk leher. Hal ini akan menyebabkan terhambatnya mikroorganisme yang bergentayangan diudara untuk masuk kedalam labu. Inilah yang menyebabkan tetap jernihnya air kaldu pada labu tadi.
Pada saat sebelum pemanasan, udara bebas tetap dapat berhubungan dengan ruangan dalam labu. Mikroorganisme yang masuk bersama udara akan mati pada saat pemanasan air kaldu.
Setelah labu dimiringkan hingga air kaldu sampai kepern\mukan pipa, air kaldu itu akan bersentuhan dengan udara bebas. Disini terjadilah kontaminasi mikroorganisme. Ketika labu dikembalikan keposisi semula (tegak), mikroorganisme tadi ikut terbawa masuk. Sehingga, setelah labu dibiarkan beberapa beberapa waktu air kaldu menjadi akeruh, karena adanya pembusukan oleh mikrooranisme tersebut. Dengan demikian terbuktilah ketidak benaran paham Abiogenesis atau generation spontanea, yangmenyatakan bahwa makhluk hidup berasal dari benda mati yang terjadi secara spontan.
Berdasarkan hasil percobaan Redi, Spallanzani, dan Pasteur tersebut, maka tumbanglah paham Abiogenesis, dan munculah paham/teori baru tentang asal usul makhluk hidup yang dikenal dengan teori Biogenesis. Teori itu menyatakan :
a. omne vivum ex ovo = setiap makkhluk hidup berasal dari telur.
b. Omne ovum ex vivo = setiap telur berasal dari makhluk hidup, dan
c. Omne vivum ex vivo = setiap makhluk hidup berasal dari makhluk hidup sebelumnya.
Walaupun Louis Pasteur dengan percobaannya telah berhasil menumbangkan paham Abiogenesis atau generation spontanea dan sekaligus mengukuhkan paham Biogenesis, belum berarti bahwa masalah bagaimana terbentuknya makhluk hidup yang pertama kali terjawab.
Disamping teori Abiogenesis dan Biogenesis, masih ada lagi beberapa teori tentang asal usul kehidupan yang dikembangkan pleh beberapa Ilmuwan, diantaranya adalah sebagai berikut :
a. Teori kreasi khas, yang menyatakan bahwa kehidupan diciptakan oleh zat supranatural (Ghaib) pada saat yang istimewa.
b. Teori Kosmozoan, yang menyatakan bahwa kehidupan yang ada di planet ini berasal dari mana saja.
c. Teori Evolusi Kimia, yang menyatakan bahwa kehidupan didunia ini muncul berdasarkan hukum Fisika Kimia.
d. Teori Keadaan Mantap, menyatakan bahwa kehidupan tidak berasal usul.
TEORI EVOLUSI KIMIA
Ketidakpuasan para Ilmuwan terhadap apa yang dikemukakan para tokoh teori Abiogenesis maupun Biogenesis mendorong para Ilmuwan lain untuk terus mengadakan penelitian tentang asal usul kehidupan. Antara pakar-pakar tersebut antara lain :
Harold Urey, Stanley Miller, dan A.I.Oparin. mereka berpendapat bahwa organisme terbentuk pertama kali di bumi ini berupa makhluk bersel satu. Selanjutnya makhluk tersebut mengalami evolusi menjadi berbagai jenis makhluk hidup seperti Protozoa, Porifera, Coelenterata, Mollusca, dan lain-lain.
Para pakar biologi, astronomi, dan geologi sepakat, bahwa planet bumi ini terbentuk kira-kira antara 4,5-5 miliar tahun yang lalu. Keadaan pada saat awal terbentuknya sangat berbeda denagn keadaan pada saat ini. Pada saat itu suhu planet bumi diperkirakan 4.000-8.000oC. pada saat mulai mendingin, senyawa karbon beserta abeberapa unsur logam mengembun membentuk inti bumi, sedangkan permukaannya tetap gersang, tandus, dan tidak datar. Karena adanya kegiatan vulkanik, permukaan bumi yang masih lunak tersebut bergerak dan berkerut terus menerus. Ketika mendingin, kulit bumi tampak melipat-lipat dan pecah.
Pada saat itu, kondisi atmosfer bumi juga berbeda denagn kondisi saat ini. Gas-gas ringan seperti Hidrogen (H2), Nitrogen (N2), Oksigen (O2), Helium (He), dan Argon (Ar) lepas meninggalkan bumi akrena gaya gravitasi bumi tidak mampu manahannya. Dia atmosfer juga terbentuk senaywa-senyawa sederhana yang mengandung unsure-unsur tersebut, seperti uap air (H2O), Amonia (NH3), Metan (CH4), dan Karbondioksida (CO2). Senyawa sederhana tersebut tetap berbentuk uap dan tertahan dilapisan atas atmosfer. Ketuika suhu atmosfer turun sekitar 100oC terjadilah hujan air mendidih. Peristiwa ini berlangsung selama ribuan tahun. Dalam keadaan semacam ini pasti bumi saat itu belum dihuni kehidupan. Namun, kondisi semacam itu memungkinkan berlangsungnya reaksi kimia, karena teredianya zat (materi) dan energi yang berlimpah.
Timbul pertanyaan, bagaimana proses terjadinya kehidupan dibumi ini ? Pwertanyaan inilah yang mendorong beberapa Ilmuwan untuk mengemukakan pendapat serta melakukan experiment. Di antara Ilmuwan tersebut antara lain Harold Urey dan Stanley Miller.
A) Teori Evolusi Kimia Menurut Harold Urey (1893)
Harold Urey adalah ahli Kimia berkebangsaan Amerika Serikat. Dia menyatakan bahwa pada suatu saat atmosfer bumi kaya akan molekul zat seperti Metana (CH4), Uap air (H2O), Amonia(NH2), dan karbon dioksida (CO2) yang semuanya berbentuk uap. Karena adanya pengaruh energi radiasi sinar kiosmis serta aliran listrik halilintar terjadilah reaksi diantara zat-zat tersebut menghasilkan zat-zat hidup. Teori evolusi Kimia dari Urey tersebut biasa dikenal dengan teori Urey.
Menurut Urey, zat hidup yang pertama kali terbentuk mempunyai susunan menyerupai virus saat ini. Zat hidup tersebut selama berjuta-juta tahun mengalami perkembangan menjadi berbagai jenis makhluk hidup. Menurut Urey, terbentuknya makhluk hidup dari berbagai molekul zat di atmosfer tersebut didukung kondisi sebagai berikut :
a) kondisi 1 : tersedianya molekul-molekul Metana, Amonia, Uap air, dan hydrogen yang sangat banyak di atmosfer bumi
b) kondisi 2 : adanya bantuan energi yang timbul dari aliran listrik halilintar dan radiasi sinar kosmis yang menyebabkan zat-zat tersebut bereaksi membentuk molekul zat yang lebih besar,
c) kondisi 3 : terbentuknya zat hidup yang paling secerhana yang susunan kimianay dapat disamakan dengan susunan kimia virus, dan
d) kondisi 4 : dalam jangka waktu yang lama (berjuta-juta tahun), zat idup yang terbentuk tadi berkembang menjadi seejnis organisme (makhluk hidup yang lebih kompleks).
B) Eksperimen Stanley Miller
Miller adalah murid Harold Urey yang juga tertarik terhadap masalah asal usul kehidupan. Didasarkan informasi tentang keadaan planet bumi saat awal terbentuknya, yakni tentang keadaan suhu, gas-gas yang terdapat pada atmosfer waktu itu, dia mendesain model alat laboratorium sederhana yang dapat digunakan untuk membuktikan hipotesis Harold Urey.
Kedalam alat yang diciptakannya, Miller memasukan gas Hidrogen, Metana, Amonia, dan Air. Alat tersebut juaga dipanasi selama seminggu, sehingga gas-gas tersebut dapat bercampur didalamnya. Sebagai pengganti energi aliran listrik halilintar, Miller mengaliri perangkat alat tersebut dengan loncatan listrik bertegangan tinggi. Adanya aliran listrik bertegangan tinggi tersebut menyebabkan gas-gas dalam alat Miller bereaksi membentuk suatu zat baru. Kedalam perangkat juga dilakukan pendingin, sehingga gas-gas hasil reaksi dapat mengembun.
Pada akhir minggu, hasil pemeriksaan terhadap air yang tertampung dalam perangkap embun dianalisis secar kosmografi. Ternyata air tersebut mengandung senyawa organic sederhana, seperti asam amino, adenine, dan gula sederhana seperti ribose. Eksperimen Miller ini dicoba beberapa pakar lain, ternyata hasilnya sama. Bial dalam perangkat eksperimen tersebut dimasukkan senyawa fosfat, ternyata zat-zat yang dihasilkan mengandung ATP, yakni suatu senyawa yang berkaitan dengan transfer energi dalam kehidupan. Lembaga cpenelitian lain, dalam penelitiannya menghasilkan senyawa-senyawa nukleotida.
Nukleotida adalah suatu senyawa penyusun utama ADN (Asam Deoksiribose Nukleat) dan ARN (Asam Ribose Nukleat), yaitu senaywa khas dalam inti sel yang mengendalikan aktivitas sel dan pewarisan sifat.
Eksperimen Miller dapat memberiakn petunjuk bahwa satuan- satuan kompleks didalam sistem kehidupan seperti Lipida, Karbohidrat, Asam Amino, Protein, Mukleotida dan lain-lainnya dapat terbentuk dalam kondisi abiotik. Teori yang terus berulang kali diuji ini diterima para ilmuwan secara luas. Namun, hingga kini masalah utama tentang asal-usul kehidupan tetap merupakan rahasia alam yang belum terjawab. Hasil yang mereka buktikan barulah mengetahui terbentuknya senyawa organik secara bertahap, yakni dimulai dari bereaksinya gas-gas diatmosfer purba dengan energi listrik halilintar. Selanjutnay semua senyawa tersebut bereaksi membentuk senyawa yang lebih kompleks dan terkurung dilautan. Akhirnay membentuk senyawa yang merupakan komponen sel.
TEOI EVOLUSI BIOLOGI
Alexander Oparin adalah Ilmuwan Rusia. Didalam bukunya yang berjudul The Origin of Life(Asal Usul Kehidupan). Oparin menyatakan bahwa paad suatu ketika atmosfer bumi kaya akan senyawa uap air, CO2, CH4, NH3, dan Hidrogen. Karena adanya energi radiasi benda-benda angkasa yang amat kaut, seperti sinar Ultraviolet, memungkinkan senyawa-senyawa sederhana tersebut membentuk senyawa organik atau senyawa hidrokarbon yang lebih kompleks. Proses reaksi tersebut berlangsung dilautan.
Senyawa kompleks yang mula-mula terbentuk diperkirakan senyawa aseperti Alkohol (H2H5OH), dan senyawa asam amino yang paling sederhana. Selama berjuta-juta tahun, senyawa sederhana tersebut bereaksi membenrtk senyawa yang lebih kompleks, Gliserin, Asam organik, Purin dan Pirimidin. Senyawa kompleks tersebut merupakan bahan pembentuk sel.
Menurut Oparin senyawa kompleks tersebut sangat berlimpah dilautan maupun di permukaan daratan. Adanya energi yang berlimpah, misalnya sinar Ultraviolet, dalam jangka waktu yang amat panjang memungkinkan lautan menjadi timbunan senyawa organik yang merupakan sop purba atau Sop Primordial.
Senyawa kompleks yang tertimbun membentuk sop purba di lautan tersebut selanjutnya berkembang sehingga memiliki kemampuan dan sifat sebagai berikut :
A. memiliki sejenis membran yang mampu memisahkan ikatan-ikatan kompleks yang terbentuk dengan molekul-molekul organik yang terdapat disekelilingnya;
B. memiliki kemampuan untuk menyerap dan mengeluarkan molekil-molekul dari dan ke sekelilingnya;
C. memiliki kemampuan untuk memanfaatkan molekul-molekul yang diserap sesuai denagn pola-pola ikatan didalamnya;
D. mempunyai kemampuan untuk memisahkan bagian-bagian dari ikatan-ikatannya. Kemampuan semacam ini oleh para ahli dianggap sebagai kemampuan untuk berkembang biak yang pertama kali.
Senyawa kompleks dengan sifat-sifat tersebut diduga sebagai kehidupan yang pertamakali terbentuk. Jadi senyawa kompleks yang merupakan perkembangan dari sop purba tersebut telah memiliki sifat-sifat hidup seperti nutrisi, ekskresi, mampu mengadan metabolisme, dan mempunayi kemampuan memperbanyak diri atau reproduksi.
Walaupun dengan adanya senyawa-senyawa sederhana serta energi yang berlimpah sehingga dilautan berlimpah senyawa organik yang lebih kompleks, namun Oparin mengalami kesulitan untuk menjelaskan mengenai mekanisme transformasi dari molekul-molekul protein sebagai abenda tak hidup kebenda hidup. Bagaimana senyawa-senyawa organik sop purba tersebut dapat memiliki kemampuan seperti tersebut diatas ? Oparin menjelaskan sebagai berikut :
Protein sebagai senyawa yang bersifat Zwittwer Ion, dapat membentuk kompleks koloid hidrofil (menyerap air), sehingga molekul protein tersebut dibungkus oleh molekul air. Gumpalan senyawa kompleks tersebut dapat lepas dari cairan dimana dia berada dan membentuk emulsi. Penggabunagn struktur emulsi ini akan menghasilkan koloid yang terpiah dari fase cair dan membentuk timbuna gumpalan atau Koaservat.
Timbunan Koaservat yang kaya berbagai kompleks organik tersebut memungkinkan terjadinya pertukaran substansi dengan lingkungannya. Di samping itu secara selektif gumpalan Koaservat tersebut memusatkan senyawa-senyawa lain kedalamnya terutama Kristaloid. Komposisi gumpalan koloid tersebut bergantung kepada komposisi mediumnay. Denagndemikian, perbedaan komposisi medium akan menyebabkan timbulnya variasi pada komposisi sop purba. Variasi komposisi sop purba diberbagai areal akan mengarah kepada terbentuknya komposisi kimia Koaservat yang merupakan penyedia bahan mentah untuk proses biokimia.
Tahap selanjutnya substansi didalam Koaservat membentuk enzim. Di sekeliling perbatasan antara Koaservat dengan lingkungannya terjadi penjajaran molekul-molekul Lipida dan protein sehingga terbentuklah selaput sel primitif. Terbentuknya selaput sel primitif ini memungkinkan memberikan stabilitas pada koaservat. Dengan demikian, kerjasama antara molekul-molekul yang telah ada sebelumnya yang dapat mereplikasi diri kedalam koaservat dan penagturan kembali Koaservat yang terbungkus lipida amat mungkin akan mnghasilkan sel primitif.
Kemampuan koaservat untuk menyerap zat-zat dari medium memungkinkan bertambah besarnya ukuran koaservat. Kemungkinan selanjutnya memungkinkan terbentuknya organisme Heterotropik yang mampu mereplikasi diri dan mendapatkan bahan makanan dari sop Primordial yang kaya akan zat-zat organik.
Teori evolusi biologi ini banyak diterima oleh paar Ilmuwan. Namun, tidak sedikit Ilmuwan yang membantah tentang interaksi molekul secara acak yang dapat menjadi awal terbentuknya organisme hidup.
Teori evolusi kimia dan teori evolusi biologi banyak pendukungnya, namun baru teori evolusi kimia yang telah dibuktikan secara eksperimental, sedangkan teori evolusi biologi belum ada yang menguji secara eksperimental.
Seandainya apa yang dikemukakan dua teori tersebut benar, tetapi belum mampu menjelaskan bagaimana dan dari mana kehidupan diplanet bumi ini pertama kali muncul. Yang perlu diingat adalah bahwa kehidupan adalah tidak hanya menyangkut masalah replikas; (penggandaan diri) atau masalah kehidupan biologis saja, tetapi juga menyangkut masalah kehidupan rohani. Tentang teori asal usul kehidupan yang menyatakan organisme pertamakali terbentuk dilautan bisa dipahami dari sudut biologi, karena molekul-molekul organik yang merupakan sop purba itu tertumpuk dilaut.
sumber